9.12.14

TIPS MEMILIH VEIL NIKAH @ RESEPSI.

Assalamualaikum dearies,

Hari ni kita nak share tips pemilihan veil untuk nikah mahupun resepsi. Nampak remeh tapi jangan abaikan ya sebab nanti kalau tak kena gaya pakai veil nanti nampak janggal pula. Here is some tips for b2b out there :)

1. The veil should not compete the wedding dress which is means, kalau wedding dress dah sarat dengan lace and pearl embellishment, seeloknya pakai dengan plain shawl dan padankan dengan veil yang sederhana saja.

2. Ketinggian anda wajib diambil kira semasa pemilihan veil. Kalau nak pakai veil labuh, panjang memang sesuai dan cantik dipakai oleh b2b yang tinggi. Ketinggian yang dimaksudkan adalah sekitar 160 cm ke atas. Kalau awak rendah, bertubuh gempal agak tidak sesuai pakai veil labuh ya.


3. Bentuk badan. 


Dada yang besar (Apple) : Pilih veil yang panjang sehingga atau lebih hujung jari untuk memberi efek bentuk tubuh yang panjang.

Bentuk Pear : Pilih veil yang paras bahu, siku dan pinggang untuk mengelakkan orang lain fokus ke bahagian pinggul anda.


Kurus dan tinggi : Pilih veil yang panjang.

Rendah : Pilih veil sehingga paras pinggang tapi jangan terlalu panjang, nanti lebih nampak rendah. 

4. Pastikan veil yang dipilih bersesuaian dengan baju nikah mahupun resepsi terutamanya dari segi warna, material dan design. Antara design dan warna favourite dipakai semasa nikah dan resepsi,














5. Bajet juga penting dalam pemilihan veil, b2b selalunya beranggapan bahawa veil yang sarat dan tampak mewah itu biasanya mahal dan tidak mampu untuk dipakai. Sebaiknya berbincang dahulu dengan kami supaya kami dapat suggest design veil yang sesuai dengan bajet dan citarasa anda.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di ; 
Whatsapp : 0164950807
Facebook Page : SERI by Syla Rosli
Instagram : @bysylarosli

Diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda untuk memilih veil pada hari bahagia anda. 

Till then :)